Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik


PENDAFTARAN PEMOHON

Selamat datang ke Sistem Permohonan Pendaftaran bagi Skim Galakan Motosikal Elektrik (MARiiCas).

Sekiranya anda berminat untuk memohon Skim MARiiCas ini, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu dengan pihak MARii secara dalam talian.

Langkah pendaftaran :

1. Pemohon hendaklah mendapatkan ID dengan mendaftarkan emel peribadi pemohon yang sah. Alamat emel yang didaftarkan itu hendaklah disahkan melalui pautan yang diberikan melalui emel yang didaftarkan.

2. Setelah pemohon mengesahkan emel melalui pautan yang diberikan, pemohon boleh memulakan permohonan bagi melayakkan diri untuk mendapat insentif di bawah Skim Galakan Motosikal Elektrik.

3. Pemohon perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan dengan lengkap dan perlu dipastikan dokumen yang dimuat naik adalah jelas dan benar. Segala maklumat yang dimuat naik akan diperiksa oleh pihak MARii.

4. Permohonan yang telah disemak dan diluluskan oleh pihak MARii, akan menerima emel pengesahan dan boleh memuat turun kod QR untuk menikmati insentif yang ditawarkan.

5. Setelah mendapatkan kod QR, pemohon boleh menggunakan kod QR tersebut bagi tujuan pembelian motosikal elektrik di bawah syarikat pengeluar yang disahkan oleh pihak MARii. Boleh dirujuk melalui laman sesawang yang disediakan https://insentif.marii.my/mariicas

6. Pemohon perlulah menggunakan kod QR tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia dikeluarkan. Setelah tamat tempoh tersebut, pemohon hendaklah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan kod QR baru yang sah.

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut berkaitan proses pendaftaran, sila emel kepada insentif@marii.my

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan MARii, anda boleh melayari laman sesawang MARii menerusi pautan https://marii.my

ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN
   Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang telah disediakan adalah tepat, lengkap, dan tidak mengandungi sebarang maklumat palsu. Saya juga setuju untuk memberikan kemaskini atau maklumat tambahan jika diperlukan.



< Log Masuk